Sunday, February 8, 2009

Dua “imam” di Perak

Membaca berita Malaysiakini yang bertajuk “MB Nizar umum empat dasar penting” membuatkan gue teringat akan kisah 2 imam sembahyang di Terengganu satu masa dulu. Tak dapat gue pastikan apakah masih ada lagi peristiwa 2 imam tersebut di Terengganu kini. Sepengetahuan gue tak ada berita dari MSM atau media alternatif yang melaporkan peristiwa sedemikian lagi. Jadi nampaknya kemelut 2 imam sembahyang tu dah diselesaikan.

Tapi kini nampaknya peristiwa 2 "imam" muncul kembali dalam bentuk “imam politik” pula di Perak – hehe... mana lagi kalo bukan Perak! kan Perak “test bed” bagi “we have the numbers”?

Kalo imam sembahyang maka ada makmumnya yang tertentu, tapi kalo “imam politik” pula siapakah “makmun” dia ya?... Betuuul!!! SUK dan pegawai-pegawai di pejabat kerajaan yang lainnya!

Tapi dalam situasi 2 “imam” di Perak ni, Hmmm… mimpi di siang hari lah! “imam” Nizar. Jumaat kelmarin tu, SUK dah isytiharkan bahawa dia “tidak berkerja dengan Nizar lagi.” Jadi segala arahan/polisi pentadbiran yang dikeluarkan “imam” Nizar tak mungkin akan dipatuhi SUK dan pentadbirannya. Struktur kuasa kini di Perak dah berubah dan beralih ke “imam” Dr Zambry walaupun “imam” Nizar dan "jemaah" Pakatan tidak mengiktirafnya. Sebab “a fait accompli.”

Pentadbiran negeri harus berjalan untuk kepentingan rakyat. Pentadbiran tak boleh berada dalam dilemma: “imam” mana yang harus dipatuhi. SUK telah memutuskannya secara tak langsung – ikut dan patuhi “imam” Dr Zambry.

Pertikaian tentang keabsahan “imam” Dr Zambry boleh diselesaikan melalui proses UU di mahkamah. Tak dak siapa yang boleh melarangnya hatta Sultan Perak sekalipun, apatah lagi “tikus-tikus politik” di luar Perak ni… MM: Jangan hina Raja Melayu
Teruskanlah “imam” Nizar dan "jemaah" Pakatan, gue pun sokong 100 peratus akan saman “imam” Nizar yang sedang diteliti tu. Tapi dalam kontek arahan/polisi pentadbiran “imam” Nizar saperti yang dilaporkan Malaysiakini ni , gue kata secara pasti bahawa "arahan imam tu" tak laku – tak caya tunggu dan lihat lah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan gratis - free ads