Penyayi dan pelakon popular tanah air, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan mahkamah berhubung dakwaan mengatakan dia menjadi ketua kumpulan samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Dragon.
Awie yang berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menafikan sepenuhnya bahawa dia menjadi ketua samseng dalam pertubuhan tersebut.
Menurut Awie, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 7:30 petang Ahad lalu kerana menganggap laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan itu adalah fitnah yang keterlaluan ke atas dirinya.Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Pengerusi Pekida Putrajaya, Datuk Sri Jaafar Shaari dan Pengerusi Pekida Wangsa Maju, Datuk Malek Ranting yang sebelum ini dipecat daripada Ahli Majlis Tertinggi Pekida. – teks: Sinar Harian Sabtu 20 Disember 2008 (versi cetak m.s. N17), foto: murai.com
“Dalam akhbar tersebut, Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof melontarkan fitnah dan tohmahan ke atas diri saya yang terang-terang melabelkan saya sebagai seorang yang berbahaya.
“Saya juga terkilan dengan kenyataan beliau yang mengatakan saya mengambil wang RM3,600 daripada pengikut jika hendak bai'ah (angkat sumpah),” katanya dalam sidang media semalam.
Tambahnya, peguamnya akan mengambil tindakan di mahkamah sivil terhadap Presiden Pekida dan kepada mereka yang mensensasikan berita tersebut.
Menurut peguamnya, Md Yunos Shariff, undang-undang sivil diambil untuk membersihkan semula nama anak guamannya, manakala laporan polis dibuat untuk jenayah fitnah.
Menurut Yunos, pihaknya akan berurusan dengan pihak berkuasa dan kes tersebut dimaklumkan akan disiasat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
“Kita dalam proses penyediaan dokumen-dokumen berkaitan termasuk mengumpul segala bukti untuk menfailkan kes di mahkamah, selewat-lewatnya bulan ini,” katanya.
aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida taik.
ReplyDeletejolo doh kawe sokong dmo...kawe pn duk laloh jgk...koya debe belako 2..meta ramai...
ReplyDeletekwe sokong jgk tu...nate puok tu mme jhat nk mapuh...kato dakwah islamiah tp dok katok pre skmo..dakwah ko lagutu???
ReplyDeleteAyahanda dakwah islamiah bukak nite club ke...
ReplyDelete