Showing posts with label Home Affairs. Show all posts
Showing posts with label Home Affairs. Show all posts

Thursday, January 29, 2009

Politikus di Malaysiakini! Siapakah Pembunuh Penjenayah Itu?’

Yeah, el-fared secara umum dapat bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Hamid el-Bar, saperti yang dilaporkan portal berita terkemuka Malaysiakini dengan tajuk berbentuk seruan ‘Jangan layan penjenayah macam hero’ – tanpa ada tanda seruan (!)… alahai Malaysiakini!

Walaupun el-Bar enggan mengaitkan kenyataannya itu, lapor Malaysiakini dengan memetik sumber Bernama, dengan kematian suspek curi kereta A Kugan semasa dalam tahanan di balai polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas, namun umum maklum dan dapat mengatakan dengan pasti bahawa kes Kugan lah yang dijadikan rujukan oleh el-Bar secara tidak langsung.

Beliau menjelaskan, dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga penjenayah yang disyaki termasuk Kugan. Maka beliau tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Beliau juga meminta orang ramai supaya jangan mempolitikkan siasatan kes kematian Kugan itu kerana ia boleh menyukarkan lagi tugas polis.

"Mereka hendaklah bercakap mengenai kes itu berdasarkan fakta dan bukannya andaian," el-Bar dilapor Malaysiakini sebagai berkata.

Berita awal yang memetik kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebagai berkata bahawa kematian Kugan adalah akibat paru-paru berair. Kenyataan ini, el-fared percaya, adalah berdasarkan fakta laporan bedah siasat awal yang menunjukkan Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair. Bagaimanapun, bedah siasat kedua telah dijalankan setelah keluarga Kugan tidak berpuashati dengan punca kematian Kugan itu.

Hingga kini, polis masih menyiasat punca kematian itu dan keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat. Tapi alahai… Jumaat lepas, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai bunuh. Jadi persoalannya kini di Malaysia ialah ‘Siapakah Pembunuh Penjenayah Yang Disyaki Itu?’

Takkan polis kut? saperti yang cuba digambarkan sang gembong politikus. Sebab kalo polis nak bunuh biasanya dia orang biarkan suspek terlepas lari dari tahanan dulu, kemudian kejar dan tembak sampai mati. Ingat, polis ada lesen untuk membunuh.

Kalo nak disabitkan juga polis maka tuduhan yang boleh dibuat pihak pendakwa, el-fared rasa, ialah menyebabkan kematian bukannya membunuh. Hahaha… tak caya tunggu dan lihat lah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan gratis - free ads