
Blog TDM menutup tirai tahun lalu dengan rekod jumlah pengunjung sebanyak 10.9 juta – angka yang amat tinggi bagi sebuah blog yang baru tujuh bulan beroperasi.
Keputusan membuka iklan di laman blog TDM dibuat bertujuan memberi ruang kepada syarikat-syarikat kecil mendedahkan diri masing-masing ke dunia “e-market”, lapor Malaysiakini dengan memetik Sufi Yusuf, pembantu khas TDM, sebagai berkata.
Sementara itu ejen iklan blog tersebut Mutual Digital Sdn Bhd menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa iklan itu boleh membantu syarikat-syarikat kecil dan bagi menampung kos pengendalian blog paling popular itu.
Walaubagaiamapun "keuntungan bukanlah keutamaan (kami), sebaliknya mahu memberikan pendedahan kepada syarikat-syarikat kecil,” kata Sufi Yusuf dengan menambah “tetapi kalau (dapat) menampung sedikit kos, bagus juga," lapor Malaysiakini lagi.

Laporan penuh Malaysiakini di sini.
No comments:
Post a Comment