Portal berita terkemuka Malaysiakini melaporkan bahawa: PAS rampas kerusi Parlimen KT dengan majoriti 2,631 undi.
Calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE World, gelaran pop terkini) yang juga ADUN Wakaf Mempelam memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Umno-Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tidak ada kena mengena dengan el-fared di sini –ed.) yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.
Calon Bebas Bomoh (lepasan Universiti Putra Malaysia, hah?.. ada ijazah jadi bomoh ka?) Azharudin Mamat @ Adam yang memperolehi 193 undi, hilang wang pertaruhan dalam perjudian politik kali pertamanya di KT – alahai… perhatian: calon bebas, lain kali toksah gatai nak pop, buang current saja! Nenek Mai Moon alias Mai Bulan lebih terror, 685 undi.
Sementara itu dinmerican (bukan din beramboi) yang membuat tinjauan dan analisis di lapangan (ground zero, kata pop semasa) dan melapor langsung dari KT menggambarkan PM Abdullah Ahmad Badawi , yang dijadualkan akan bersara pada March mendatang , sebagai berkata: ianya “Pilihan Yang Tepat !!!” -- ha ha ha!
“Teruskan agenda perubahan demi masa depan untuk semua,” blog din lagi.
Ha hi hu! -- b-g
kesian wan farid, yg dikejar tak dapat yg dikendong berteraburan, tu Lah manusia tamak mcm anjing dgn bayang2
ReplyDelete